Wednesday, June 18, 2014

Khasiat Burung Puyuh


DAGING
·         Dagingnya sangat lezat dan gurih.
·         Dagingnya, merupakan makanan alternatif bagi para penderita jantung koroner dan darah tinggi.
·         Daging puyuh dengan tekstur daging halus lembut dan manis dengan kandungan kolesterol sangat rendah.
·         Daging puyuh kaya mikronutrien dan berbagai vitamin termasuk folat, B kompleks dan vitamin E dan K.
·         Selain itu, kandungan telur dan daging puyuh mempunyai kadar kolesterol yang sangat rendah. Bahkan dibandingkan dengan telur unggas lainnya, seperti ayam, bebek dan angsa, ternyata telur puyuh mengandung beberapa komposisi yang cocok bagi perkembangan otak dan tulang bagi balita. Di mana, selain protein yang memuat 13%, lemak 11%, dan zat lainnya 1,3% juga, komposisi ini dilengkapi semua jenis vitamin dibandingkan telur unggas lainnya.
·         Bisa melancarkan peredaran darah.
·         Menguatkan tulang belakang.
·         Buat yg bosen sama daging ayam bisa nyobain daging puyuh sebagai pilihan menu makanan baru.
·         Daging burung puyuh, bergizi, kaya protein, besi, kalsium, fosfor, yang dikenal sebagai tempat penyimpan logam;
·         Oleh karena itu dianjurkan bagi orang dengan kadar kolesterol tinggi dan mereka yang ingin mempertahankan tingkat rendah kolesterol.
·         Pada sistem saraf manusia memiliki peranan gizi khusus daging burung puyuh, telur, darah dapat digunakan sebagai obat.

Sunday, November 3, 2013

Penghantaran PERCUMA benih puyuh Ikta

Salam 1 Malaysia,

Kepada semua penternak puyuh yang ingin memulakan perniagaan ini (area Melaka - Johor), tempat lain boleh dirunding lagi, Sekarang anda tak perlu nak pening kepala lagi.. kerana .......

Pihak kami menyediakan perkhidmatan penghantaran benih puyuh sehingga ke pintu kandang anda dengan harga yang amat berpatutan RM 0.75/ekor dengan kuantiti order minimum 1,200 ekor.

Tempahan hendaklah dibuat dahulu untuk mendapatkan tarikh penghantaran.

Hubungi Azrol 016-7036128 / 013-7654916 untuk maklumat lanjut.

Wednesday, October 30, 2013

HARGA PUYUH DAGING SIAP PROSES

Salam 1 Malaysia, Kepada semua para peniaga frozen dan peminat puyuh,
kami menawarkan daging puyuh dari Gred A hingga C, dengan harga yang amat berpatutan.
Hubungi kami untuk membuat tempahan.dan kami sedia menghantar sampai ke tempat anda,

Berat dan harga yang sedia ada..
GRED A-151g > RM2.30
GRED B-131g-150g > RM2.10
GRED C-130g > RM1.90

Thursday, September 19, 2013

KENAIKKAN HARGA DAGING PUYUH

Salam 1 Malaysia,
Haraf maaf kepada semua pelanggan yang dihormati.
Kenaikkan harga minyak menyebabkan harga dedak turut meningkat naik, walaupun kenaikkannya sikit, kami penternak kecil terasa juga keperitannya.
Akan tetapi, Insyaallah pihak kami akan cuba membuat perkiraan secara islamik untuk mengelakkan kedua-dua belah pihak mengalami kerugian.
Pihak kami boleh membuat tempahan mengikut gred yang anda inginkan,
Pihak kami akan membuat pengiraan harga mengikut gred yang diiginkan.

Untuk sebarang pertanyaan: Call/Sms

 HARGA DAGING MENGIKUT GRED
 185g dan keatas -------> RM2.60/ekor
166g - 184g -------> RM2.40/ekor
146g - 165g -------> RM2.30/ekor
126g - 145g -------> RM2.00/ekor
126g dan kebawah -------> RM1.90/ekor

HARGA PUYUH HIDUP
1hari = Rm0.70
8hari = Rm1.10
14hari = Rm1.30
20hari = Rm1.70
25hari = Rm1.80
30hari = Rm1.90
35hari = Rm2.00
40hari = Rm2.50


Saturday, November 17, 2012

DARIPADA ABDULLAH BIN UMAR BERKATA:

``Barang siapa yang memasuki pasar <market> dan berkata, ``Laa ilaaha ill Allah Wahdahu la sharika lah, lahul Mulku Wa lahul Hamdu yuhyi Wa yumitu Wa huwa Hayyu laa yamut, bi yadihil khayr, wahuwa `alaa kulli shay` in qadir`` maka Allah akan menulis baginya sejuta kebaikan serta menghapuskan sejuta keburukan serta membina baginya rumah di syurga. Dalam riwayat yang lainmenyebutkan``
 serta meninggikan seribu darjat`` 
"At-Tirmizi"

Wednesday, November 14, 2012

DAGING BURUNG PUYUH

Jadikanlah burung puyuh sebagai makanan harian anda, kerana daging burung 
puyuh banyak khasiatnya, Salah satu darinya ia boleh mengubati sakit sempot
 ``InsyaAllah dengan Izinya,,

Sesetengah daging burung baik dimakan, seperti burung puyuh (salwa), yang diturunkan Allah kepada Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya semasa dalam pelarian (2:57). Kerana keistimewaan daging burung, ia akan menjadi satu daripada hidangan yang diinginkan di syurga. Firman-Nya,

Thursday, November 1, 2012

PENAMBAH BAIK TAHAP PENGELUARAN


Harap Maaf kepada semua pelanggan yang dihormati,,
Pihak kami tengah membuat pembenihan sendiri,
Kerana kepayahan untuk mendapatkan benih puyuh, kami membuat keputusan untuk 
menceburi bidang pembenihan, Walaupun agak sukar dan rumit..


kami ada jual Telor untuk wat masak kenduri, kedai runcit dan sebagainya.
Telor untuk wat penetasan
Harga amat berpatutan:




Puyuh yang telah berjaya hidup, setelah bertarung 
selama 17 hari di dalam telor




Inilah puyuh yang telah di pindahkan ke dalam kotak induk,

PEMBERITAHUAN: pihak kami belum ada menjual benih puyuh kerana kami masih belum 100% berjaya dalam bidang pembenihan, kalau setakat bawah 50 ekor, untuk kepada yang ingin belajar-belajar membela atau suka-suka InsyaAllah boleh di runding,

CALL/SMS UNTUK BERUNDING 
Tq





Tuesday, October 30, 2012

MOTIVASI DIRI BAGI PENIAGA

``Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah <dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan larangnNya>, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar <daripada segala perkara yang menyusahkannya>, serta memberinya rezki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan <Ingatlah>, sesiapa yang bertawakal <berserah diri bulat-bulat> kepada Allah, maka cukuplah untuknya <bagi menolong dan menyelamatkannya>,. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Surah at-Thalaq, ayat 2-3.``

Tuesday, October 16, 2012

HARGA TERKINI BENIH PUYUH PENDAGING DI JOHOR

Salam 1Malaysia

Untuk setakat nie info yang boleh kami kongsi kepada penternak yang baru,
Harga benih puyuh seekor kini meningkat dari RM0.55 sen kepada RM0.65.
Peningkatan ini adalah disebabkan kenaikkan harga makanan ternakan. Jadinya, secara tidak langsung, harga untuk daging puyuh pun akan meningkat juga.
Insyaalah kami akan update harga terbaru untuk daging puyuh keluaran kami,
Buat masa ini, harga dari pihak kami tiada sebarang perubahan kerana kami sedang berusaha untuk mengeluarkan benih puyuh sendiri untuk menjimatkan kos di masa akan datang.

Sunday, October 14, 2012

TIPS UNTUK MENAMBAH BAIK EKONOMI KITA...


PERNIAGAAN 4Life

INDUSTRI : NETWORK MARKETING


Industri Network Marketing atau Multi Level Marketing (MLM) telah terbukti menghasilkan jutawan yang paling ramai didunia.  Industri ini sebagai bukti bahawa 'orang biasa' juga dapat mencapai pendapatan yang luar biasa walaupun tanpa ijazah, kelayakan dan pengalaman.  
Ini juga diakui oleh millionare dan billionaire terkenal dunia iaitu Robert Kiyosaki dan Donald Trump.  Cuma pastikan anda tidak terkeliru antara perniagaan Network Marketing yang asli dan juga 'scam' seperti sistem piramid atau  'money game' yang menyamar sebagai perniagaan 
Network Marketing.  Perniagaan 4Life adalah 'genuine Network Marketing' dan telah terbukti membantu ramai manusia di seluruh dunia mengubah kehidupan.   



SYARIKAT : 4LIFE RESEARCH

Syarikat 4Life Research adalah sebuah syarikat R & D (Research & Development) yang
sentiasa membuat kajian dan  penyelidikan berterusan dalam menghasilkan produk2 unik
 mengikut keperluan semasa.  4Life Research juga dibarisi oleh  doktor2 professional dan saintis yang menjadi Founders Medical Advisory Board di mana ceramah mereka dihadiri oleh doktor2 pakar di seluruh dunia.

Pada tahun 2003, 4Life Research telah disenaraikan di dalam sebuah majalah terkemuka iaitu INC500 di tangga ke-15. Setiap tahun majalah ini menyenaraikan 500 buah syarikat
 persendirian yang paling pesat berkembang di rantau USA  .  Namun yang menariknya,
walaupun disenaraikan pada tangga ke-15, tetapi 4Life Research menduduki tangga tertinggi
 bagi kategori industri
Network Marketing dan menjadi satu-satunya syarikat Network Marketing dalam
 sejarah penyenaraian INC500. Hebat! Ini adalah satu pengiktirafan kepada 4Life hasil
 daripada produk utamanya iaitu 4Life Transfer Factor.

Dalam Network Marketing Business Journal, 4Life juga diramalkan sebagi
Next Multi Million Company.

ACTUAL PAYOUT

Laporan 'Actual Payout'  daripada sumber Grant Thornton LLP, Certified Public
 Accountants menunjukkan perbandingan peratus Pembayaran Sebenar (Actual Payout)
 bonus di mana 4Life yang membayar Actual Payout sehingga 64% iaitu tertinggi 
berbanding yang lain.



Maklumat yang dipetik daripada sumber "MLM Truth Newsletter' (pihak ketiga) tentang perbandingan Bonus.



Perhatikan!..dengan modal yang sama, kerja yang sama, ahli yang sama, tetapi jumlah 
BAYARAN BONUS yang BERBEZA..

PENGIKTIRAFAN



Kehebatan Transfer Factor telah menjadikan 4Life sebagai 
syarikat Network Marketing yang paling berkembang pesat di USA dengan 
pertumbuhan sebanyak 6,108%.


Pada tahun 2003 (sebelum 4Life berada di Malaysia), 4Life telah dinobatkan sebagaisyarikat No 1 dalam kategori Multi Level Marketing oleh sebuah majalah terkemuka
,INC.500-America's Fastest Growing Companies. Setiap tahun majalah ini menyenaraikan 
500 buah syarikat persendirian yang paling pesat berkembang di rantau USA dan 4Life 
Research terletak di tangga ke 15 di mana dari tangga 1 hingga ke 15, 
4Life Research adalah satu-satunya syarikat MLM. Ini adalah pengiktirafan kepada 
4Life hasil daripada kehebatan produk utamanya iaitu 4Life Transfer Factor.

4LIFE TRANSFER FACTOR & PATEN


Produk 4Life Transfer Factor ini telah dipatenkan oleh syarikat 4Life Research dan ini bermakna hanya syarikat 4Life sahaja yang boleh mengusaha dan mengedarkannya tanpa saingan daripada syarikat lain. Ini merupakan peluang terbaik bagi pengedar2 untuk mengembangkan perniagaan, meluaskan pemasaran seterusnya menempa kejayaan tanpa persaingan.


DIRAMALKAN SEBAGAI PRODUK GELOMBANG DUNIA DAN 
NEXT TRILLION DOLLAR COMPANY



Pakar industri Network Marketing telah meramalkan bahawa syarikat 4Life Research akan
 menjadi 'THE NEXT TRILLION DOLLAR COMPANY' - (Source: Network Marketing Business Journal 2005)

Transfer Factor telah diramalkan oleh Paul Zane Piltzer (pakar ekonomi dunia) sbg produk Gelombang Dunia yang bakal berada di setiap rumah. Bayangkan manfaat orang2 yg
 mengambil peluang hebat ini untuk menjadi pengedar produk yg bakal diperlukan dan
 berada di setiap rumah nanti..fuh!..hebat..mmg hebat!
Paul Zane Piltzer adalah pakar ekonomi dunia yang juga merupakan penasihat ekonomi kepada bekas 3 presiden US (George W Bush dan 2 presiden sebelumnya). Beliau juga pernah meramalkan bahawa Tupperware brand dan komputer akan masuk ke setiap rumah satu ketika dulu,
 yang akhirnya kini telah pun menjadi kenyataan. Kini beliau juga yg meramalkan bahawa Transfer Factor sbg produk gelombang dunia yg bakal berada di setiap rumah. Peluang yang sangat hebat kini benar2 berada di hadapan anda. Rebutlah peluang hebat ini untuk menjadi antara orang2 terawal untuk mengedarkan produk yang sangat unik ini yang bakal menjadi keperluan di seluruh dunia ini.

MARKETING PLAN

Konsep di 4LIFE adalah hampir sama dengan konsep Bonuslink dimana anda boleh mendapat mata (point) diatas setiap pembelian anda. Jikalau di Bonuslink, mata yang diperolehi
 boleh ditebus (redeem) dengan barangan lain apabila ia mencapai sesuatu tahap.  Tetapi di
 4LIFE, nilai mata (LP) yang diperolehi boleh ditebus kepada wang (bonus) apabila anda dan kumpulan anda membeli barangan 4Life.

Setiap 1 mata (LP)  bersamaan dengan 1USD yang bersamaan RM3.7750 setiap satu.  (1LP = RM 3.7750)

Anda akan menerima bonus dari mata (LP) yang diperolehi berdasarkan peratusan (%) dari beberapa kategori bonus yang diberikan oleh 4LIFE.

Di 4Life terdapat 4 jenis bonus yang utama iaitu:




1)RAPID REWARD (25%) (Apabila anda enroll ahli baru ke 4LIFE)

Apabila anda membawa ahli baru ke 4LIFE, anda akan mendapat 25% daripada mata (LP) pembelian pertama ahli baru tersebut.

Contoh : Katakan ahli baru anda membeli Pakej Diamond (400LP) untuk pembelian pertama beliau.

Kiraan : 400LP x 25% (Rapid Reward) = 100LP
           100LP x RM 3.775 = RM 377.50


 2)POWER POOL (1% - 3%)(Apabila anda enroll 3 ahli baru atau lebih ke 4LIFE)

Jikalau anda dapat membawa 3 ahli baru (atau lebih) dalam masa sebulan - anda
 layak menerima bonus POWER POOL, tidak kira apa pangkat anda di 4LIFE.

Syarat-syarat Power Pool adalah seperti berikut ;

1) Anda mendaftar 3 ahli baru dalam sebulan dan masing-masing mempunyai pembelian pertama 100LP (atau lebih).
2) Pada bulan ke-2, ketiga-tiga ahli baru tersebut membeli sekurang-kurangnya 100LP (atau lebih).
3) Pada bulan ke-3, anda akan mendapat bonus POWER POOL pada 15hb.

BONUS POWER POOL adalah 1% - 3% keuntungan syarikat (global) pada bulan itu
yang akan dibahagikan kepada pelayak-pelayak 'power pool'. Lebih ramai ahli baru yang anda daftar, maka lebih besarlah bahagian keuntungan 'power pool' anda, seolah-olah anda adalah pemegang saham syarikat.

 3)GENERATION BONUS (Bonus bulanan dari LP anda dan kumpulan anda)

Setiap bulan, anda dan ahli dibawah anda pasti akan membeli produk 4LIFE kerana produk
4LIFE adalah keperluan untuk kesihatan yang akan habis apabila dimakan setiap hari. Oleh itu,
 apabila pembelian dibuat setiap bulan - sudah pasti anda akan menerima 'bonus generasi' ini setiap bulan. Ianya sama seperti anda terima gaji setiap bulan cuma jumlahnya semakin meningkat.

Peratus (%) di bonus generasi adalah seperti berikut:
 
Katakan, anda mempunyai 5 ahli di level 1 dan masing-masing membeli produk 100LP pada
 suatu bulan, maka kiraan bonus generasi pada level 1 ialah:
[(5 orang x 100LP) x 2%] = 10LP x 3.775 = RM 37.75

Dan seterusnya katakan anda mempunyai 10 ahli di level 2 dan masing-masing
 membeli produk 100LP. Maka kiraan bonus generasi pada level 2 ialah :
[(10 orang x 100LP) x 25%] = 250LP x 3.775 = 943.75

Total = RM 37.75 + RM 943.75 = RM 981.50)

(contoh pengiraan ini belum termasuk pengiraan untuk level 3 dan seterusnya 
yang mana jika diambil kira, bonus anda pasti lebih dari amaun di atas)



Semua bonus-bonus diatas akan dimasukkan terus ke akaun bank anda, SETIAP BULAN! Tidak ada e-wallet, dana kereta atau 
dana rumah. SEMUANYA DIBAYAR TUNAI TERUS KE AKAUN BANK ANDA!



4)PERSONAL BONUS (25%)(Apabila anda membeli lebih daripada 100LP/sebulan)

Apabila anda membeli produk 4LIFE melebihi 100LP, anda akan menerimaPERSONAL REBATE 25% daripada LP yang melebihi 100LP. 

Contoh, jika anda membeli 500LP pada bulan tersebut, anda akan menerima 25% (Personal Rebate) dari lebihan 100LP iaitu 400LP:

400LP x 25% = 100LP x RM 3.775 = (RM 377.50)

Anda juga akan menikmati 25% bonus di atas jualan kepada pelanggan anda yang hanya ingin menggunakan produk.



1 LANGKAH RM30,000

LANGKAH : Cerita 3 orang sahaja (ahli baru) dalam sebulan.

Dalam program '1 langkah RM30k' ini, dianggapkan anda kenalkan 3 orang sahaja
(ahli baru) dalam sebulan. Bonus sebanyak RM30,577.50 akan diperolehi dalam masa
6 bulan jika anda dan setiap rakankongsi anda melakukan perkara yang sama.

Kiraan ahli dalam 6 bulan
Level 1 : 3 kenalan sebulan x 6 bulan = 18 orang
Level 2 : 18 orang x 3 kenalan sebulan x 6 bulan = 324 orang

Kiraan Generation Bonus dalam 6 bulan
Level 1 : 18 orang x 100LP x 2% (Bonus GB Level 1) = 36LP (RM135.90)
Level 2 : 324 orang x 100LP x 25% (Bonus GB Level 2) = 8100LP (RM 30,577.50)
Level 3 : ......
Level 4 : ......
JUMLAH GENERATION BONUS ANDA PADA BULAN KE 6 = RM 30,577.50
Kiraan diatas baru dikira sehingga level 2 sahaja, belum lagi termasuk
level 3, 4 dan seterusnya.Begitu juga dengan 
Rapid Reward, Power Pool, Preferred Customer danPersonal Rebate yang masih
belum dicampur bersama jumlah diatas. Bolehkah anda bayangkan betapa besarnya potensi
 keuntungan anda di 4LIFE?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Bagaimana pula kalau bawa 1 orang sahaja (ahli baru) dalam sebulan?
Kiraan kenalan dalam 12 bulan
Level 1 : 1 kenalan sebulan x 12 bulan = 12 orang
Level 2 : 12 orang x 1 kenalan sebulan x 12 bulan = 144 orang

Kiraan Generation Bonus dalam 12 bulan
Level 1 : 12 orang x 100LP x 2% (Bonus GB Level 1) = 24LP (RM90.60)
Level 2 : 144 orang x 100LP x 25% (Bonus GB Level 2) = 3,600LP (RM 13,590.00)
Level 3 : ......
Level 4 : ......
ANDA AKAN PEROLEH PADA BULAN KE 12 = RM 13,680.60
Bagaimana? Matematik tidak boleh tipu! 2x5 tetap jawapannya 10. 4+4 tetap
 jawapannya 8. Ianya tidak boleh tipu dan ianya tidak mustahil kerana setiap ahli 4LIFE sememangnya pengguna tetap dan akan melaksanakan 'konsep 100LP' setiap bulan.
 KONSEP BELI MAKAN SENDIRI ,BERITAHU ORANG. 
BILA ORANG BERITAHU ORANG,DUPLIKASI AKAN BERLAKU.


HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT. UNTUK MENGUBAH KEHIDUPAN, ANDA HARUS BERTINDAK.  KAMI BERSEDIA MEMBERIKAN KOMITMEN MEMBANTU ANDA ANDAI ANDA MEMPUNYAI IMPIAN DAN KEINGINAN UNTUK MENGUBAH KEHIDUPAN .

Thursday, June 7, 2012

Harga Terkini Puyuh hidup

20 HARI   = RM 1,70
25 HARI   = RM 1,75
30 HARI   = RM 1,80
35 HARI   = RM 1,85
40 HARI   = RM 1,90 

Kenaikkan Harga Daging Bergantung Kepada Harga Makanan Untuk Ternakan, 

Sunday, January 8, 2012

Puyuh Kembali!

Selamat Tahun Baru semua!

Southbreed kini kembali dengan gred puyuh terbaru~

Maaf kepada pelanggan yang kami tidak dapat memenuhi keperluan anda kerana kehabisan stok! 
(Oh my God! Begitu banyak tempahan hingga tak menang tangan kami memenuhi semuanya! Maaf sekali lg, sangat bersyukur dengan rezeki dariNya! Alhamdulillah!!!)

Di bawah adalah senarai gred & harga puyuh yang terbaru! Cepat2 dapatkan tempahan anda sebelum kehabisan stok lagi!

185g dan keatas -------> RM2.50/ekor
166g - 184g -------> RM2.30/ekor
146g - 165g -------> RM2.10/ekor
126g - 145g -------> RM1.90/ekor
126g dan kebawah -------> RM1.70/ekor

**Tempahan hendaklah dibuat 2minggu dari tarikh penghantaran**

=_= Kepada pelanggan dengan pembelian 200 ekor dan ke atas, anda kami tawarkan harga istimewa dari ladang! =_=

##Sekian dulu 'update' untuk kali nie##

Friday, December 9, 2011

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."
Riwayat At-Tabrani

Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.

Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.

Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.

Tuesday, November 22, 2011

Kami telah mula melebarkan lagi sayap perniagaan kami~

Kini kami lebih fokus kepada pemilik2 restoran dan kedai runcit serta perkhidmatan katering disekitar kawasan johor, dan yang istimewanya, kami boleh membuat penghantaran kepada pihak anda!

Anda hanya perlu membuat tempahan dan pada masa yang ditetapkan, kami akan menghantar tempahan kepada pihak anda~

Anda pasti  akan mendapat harga dan gred terbaik dari kami!

KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI!

Wednesday, November 16, 2011

Taktik pemasaran dalam bisnes~

Masa yang terhad – Kita perlu memberi satu perasaan untuk pelanggan kita untuk bertindak sekarang dan bukan esok atau lusa. Jika anda melepaskan peluang pertama ini. Mungkin peluang anda untuk mendapat jualan tersebut adalah sangat rendah.
Unit yang terhad – Hanya 100 orang pelanggan pertama akan mendapat peluang ini. Manusia adalah makhluk yang suka berlumba-lumba. Ini satu keseronokkan dalam hidup. Jadi pelanggan anda akan berlumba-lumba untuk mendapatkan produk itu atas dasar untuk berebut menjadi di kalangan 100 orang itu.
Program Affiliate – Progam ini adalah untuk memberi komisen kepada orang yang membawa jualan kepada syarikat anda. Dengan program seperti ini, ia akan lebih memotivasikan orang untuk menyebarkan produk anda kepada orang lain.
Kejutan – Semua orang sukakan kejutan. Contohnya anda menyatakan bahawa setiap orang yang mendaftar akan mendapat hadiah MISTERI. Ini akan memotivasikan pelanggan untuk bertindak.
Pertandingan – Jika terdapat 2 produk untuk anda memilih. Tetapi salah sebuah produk tersebut mempunyai label cabutan bertuah. Tentu anda akan memilih produk ini. Ini kerana kita merasakan, mungkin kita boleh jadi seseorang yang bertuah. Masih ada kebarangkalian berbanding produk satu lagi itu tidak mempunyai tarikan seperti ini.
Derma - Sebahagian dari jualan akan didermakan kepada rumah kebajikan – Kaedah ini juga boleh memberi imej yang baik kepada perniagaan anda. Namun sekarang banyak syarikat menyalahgunakan skim ini untuk menutup keburukan produk mereka.
Memberi Rebat – Anda memberi diskaun kepada pelanggan yang membeli dengan kuantiti yang lebih. Jika pelanggan mendaftar seorang sesuatu kursus harganya RM 500, tetapi jika mendaftar 2 orang, harganya hanya RM 400 setiap orang. Kos tambahan kita adalah sedikit, tetapi ini dapat menambahkan pendapatan syarikat .
Harga Premium – Kebayakkan jenama-jenama besar dibeli oleh pelanggan atas sebab prestij dan kebanggaan. Dari segi kualitinya mungkin sama seperti barangan tanpa jenama. Jadi membangunkan sesuatu jenama adalah sangat penting. Kerana pelanggan akan lebih selesa membeli apa yang mereka pernah beli. Kerana mereka takut untuk mencuba produk lain. Terdapat juga pelanggan yang menilai kualiti produk berdasarkan harga. Jika mereka tak tahu yang mana untuk dipilih, mereka  akan pilihh barangan yang lebih mahal.
PEMBEKAL DAGING BURUNG PUYUH SEGAR

DI USAHAKAN SEPENUHNYA OLEH
USAHAWAN BUMIPUTERA ISLAM

PENGHANTARAN KE RUMAH / KEDAI / RESTORAN SEKITAR KAWASAN BATU PAHAT AKAN DISEDIAKAN SECARA PERCUMA

HARGA BERPATUTAN DARI RM1.75 KE ATAS
BERGANTUNG KEPADA KUANTITI YANG DI TEMPAH

PESANAN AYAM KAMPUNG DAN KAMBING AQIQAH TURUT DISEDIAKAN

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
EN AZROL
012-7877056 / 013-7654916


Monday, October 17, 2011

Kandungan Nutritif Daging Puyuh Dan Daging Ayam

Hasil dari penyelidikan, didapati daging puyuh mengandungi kolesterol yang lebih rendah berbanding ayam selain mempunyai kandungan zat yang tinggi.
Rujukan dari IKTA (Institut Kemajuan Ternakan Ayam) mengenai perbezaan kandungan Nutritif berkaitan kolesterol untuk seekor puyuh berbanding seekor ayam. 


Kandungan
Daging Puyuh
Daging Ayam
1-Kelembapan(%)
65.5
64
2-protein(%)
20.6
18.8
3-Lemak(%)
10.6
14.2
4-Abu
3.1
3.7
5-Tenaga(cal/100g)
168
162
6-Kolesterol(mg/g daging)
57.8
60.9
7-Lemak abdominal(% berat hidup)
0.95
3.05

       

Monday, October 10, 2011

HARGA PUYUH SERENDAH DARI RM 01.60

Kami sentiasa menambah baik mutu servis terhadap kepuasan pelanggan
kami juga menawar penghantaran percuma di sekitar Batu Pahat.





Monday, August 29, 2011

salam aidilfitri


Alhamdulillah~
Sebulan dah puase~
Tiba lah hari yang di nanti terutama bagi kanak2 juge yg dewasa utk saling bermaafan~

Di kesempatan ini,
saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua muslimin & muslimat dan pada semua yang menyambut aidilfitri tahun ni..

Semoga aidilfitri kali ni memberi seribu rahmat dan keberkatan buat semua~ 

Amin~


BERJAYA DI DALAM PERNIAGAAN

Salam.....

Saya disini ingin berkongsi sedikit rahsia yang tak seberapa yang berupa petua untuk berjaya di dalam perniagaan... Pada masa kini sektor perniagaan banyak dimonopoli oleh bangsa asing.. Orang melayu lebih gemar untuk bekerja dengan sektor awam ataupun swasta...kita amat ketinggalan dari segi kekayaan ataupun kuasa ekonomi.... Apa yang dapat dilihat pada masa kini sudah ramai golongan bumiputera melibatkan diri dalam perniagaan yang berkaitan penternakan ini.... Sektor ini sejak dahulu lagi telah diceburi oleh orang melayu.... Jadi bagi golongan muda yang berpendidikan pada masa kini telah terbuka minda untuk memajukan lagi sektor ini untuk menjadikan sektor ini salah satu enjin ekonomi negara pada masa akan datang...diantara petua untuk berjaya di dalam perniagaan adalah :


1. Jangan rasa rendah diri didalam apa jua perniagaan yang anda jalankan. Bangga dengan apa yang anda lakukan dan cuba untuk memimpin rakan yang lain untuk turut serta bersama anda.


2. Buang rasa malu dan bersifat terbuka terhadap kritikan yang diberikan oleh rakan atau keluarga dan cuba untuk mencari perkara yang positif terhadap kritikan tersebut.


3. Jangan terlalu mengharapkan bantuan daripada kerajaan dan bantuan kewangan dari orang lain. Tetapi jangan segan atau takut untuk membuat pinjaman jika perniagaan yang dijalankan mempunyai potensi untuk berkembang. Setiap sen yang dipinjam haruslah mampu dibayar kembali tanpa membebankan anda....Ingat setiap insan jika mempunyai hutang akan lebih bertanggungjawab dan akan lebih bekerja keras untuk melangsaikan hutang berkenaan.


4. Sentiasa berfikir secara kreatif untuk memajukan perniagaan dan sentiasa menimba ilmu didalam perniagaan yang dijalankan. Kalau boleh setahun sekali cubalah untuk menghadiri apa-apa program jati diri dan motivasi untuk menaikkan semangat kita untuk terus berusaha pada masa hadapan.


5. Jangan malu untuk bertanya jika tidak tahu dan jangan kedekut ilmu jika orang bertanya. Jika ilmu dikongsi maka ilmu itu tidak akan hilang dari ingatan kita...


6. Sentiasa menyokong diantara satu sama lain.... ada pepatah berkaitan sifat orang melayu iaitu.... bangsa asing pernah berseloroh mengatakan " Jika ada bakul berisi ketam melayu kita tidak perlu menutupnya...tapi kalau bakul berisi ketam cina maka perlu ditutup atasnya...kenapa yeee... ini kerana ketam melayu jika ada seekor yang hendak keluar maka ketam lain akan menariknya kembali kedalam bakul...lain pula dengan ketam cina...jika ingin keluar dari bakul maka ketam yang lain akan membantu untuknya keluar supaya jika seekor nie telah keluar manalah tau dia akan membantu rakannya yang lain untuk bebas sepertinya juga...itulah perumpamaan yang mana peniaga melayu sentiasa menjatuhkan diantara satu sama lain tapi tidak bagi peniaga cina yang sanggup bantu membantu diantara satu sama lain...


7. Sentiasa ingin maju kehadapan dan jangan rasa telah puas hati dengan apa yang telah ada pada masa kini...tapi jangan tamak pulak ok....


8. Selepas semua petua diatas dipraktikkan maka akhir sekali mohonlah denga Allah supaya apa yang dihajati dapat dimakburkan dan sentiasa berdoa jika berhadapan dengan masalah.....adat orang berniaga sudah pasti akan menghadapi masalah dan beban sepanjang hari tidak kira pagi, petang, siang ataupun malam....