Thursday, November 1, 2012

PENAMBAH BAIK TAHAP PENGELUARAN


Harap Maaf kepada semua pelanggan yang dihormati,,
Pihak kami tengah membuat pembenihan sendiri,
Kerana kepayahan untuk mendapatkan benih puyuh, kami membuat keputusan untuk 
menceburi bidang pembenihan, Walaupun agak sukar dan rumit..


kami ada jual Telor untuk wat masak kenduri, kedai runcit dan sebagainya.
Telor untuk wat penetasan
Harga amat berpatutan:




Puyuh yang telah berjaya hidup, setelah bertarung 
selama 17 hari di dalam telor




Inilah puyuh yang telah di pindahkan ke dalam kotak induk,

PEMBERITAHUAN: pihak kami belum ada menjual benih puyuh kerana kami masih belum 100% berjaya dalam bidang pembenihan, kalau setakat bawah 50 ekor, untuk kepada yang ingin belajar-belajar membela atau suka-suka InsyaAllah boleh di runding,

CALL/SMS UNTUK BERUNDING 
Tq





2 comments:

  1. salam..
    boleh saya dapatkan no tel?? @ email kn kpd saya berkaitan puyuh telur..

    goldrush677@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Assalam tuan, boleh saya dptkan benih puyuh bilangan anggaran 30 ekor
    Hubungi saya 012 3346 201

    ReplyDelete

BERJAYA DI DALAM PERNIAGAAN

Salam.....

Saya disini ingin berkongsi sedikit rahsia yang tak seberapa yang berupa petua untuk berjaya di dalam perniagaan... Pada masa kini sektor perniagaan banyak dimonopoli oleh bangsa asing.. Orang melayu lebih gemar untuk bekerja dengan sektor awam ataupun swasta...kita amat ketinggalan dari segi kekayaan ataupun kuasa ekonomi.... Apa yang dapat dilihat pada masa kini sudah ramai golongan bumiputera melibatkan diri dalam perniagaan yang berkaitan penternakan ini.... Sektor ini sejak dahulu lagi telah diceburi oleh orang melayu.... Jadi bagi golongan muda yang berpendidikan pada masa kini telah terbuka minda untuk memajukan lagi sektor ini untuk menjadikan sektor ini salah satu enjin ekonomi negara pada masa akan datang...diantara petua untuk berjaya di dalam perniagaan adalah :


1. Jangan rasa rendah diri didalam apa jua perniagaan yang anda jalankan. Bangga dengan apa yang anda lakukan dan cuba untuk memimpin rakan yang lain untuk turut serta bersama anda.


2. Buang rasa malu dan bersifat terbuka terhadap kritikan yang diberikan oleh rakan atau keluarga dan cuba untuk mencari perkara yang positif terhadap kritikan tersebut.


3. Jangan terlalu mengharapkan bantuan daripada kerajaan dan bantuan kewangan dari orang lain. Tetapi jangan segan atau takut untuk membuat pinjaman jika perniagaan yang dijalankan mempunyai potensi untuk berkembang. Setiap sen yang dipinjam haruslah mampu dibayar kembali tanpa membebankan anda....Ingat setiap insan jika mempunyai hutang akan lebih bertanggungjawab dan akan lebih bekerja keras untuk melangsaikan hutang berkenaan.


4. Sentiasa berfikir secara kreatif untuk memajukan perniagaan dan sentiasa menimba ilmu didalam perniagaan yang dijalankan. Kalau boleh setahun sekali cubalah untuk menghadiri apa-apa program jati diri dan motivasi untuk menaikkan semangat kita untuk terus berusaha pada masa hadapan.


5. Jangan malu untuk bertanya jika tidak tahu dan jangan kedekut ilmu jika orang bertanya. Jika ilmu dikongsi maka ilmu itu tidak akan hilang dari ingatan kita...


6. Sentiasa menyokong diantara satu sama lain.... ada pepatah berkaitan sifat orang melayu iaitu.... bangsa asing pernah berseloroh mengatakan " Jika ada bakul berisi ketam melayu kita tidak perlu menutupnya...tapi kalau bakul berisi ketam cina maka perlu ditutup atasnya...kenapa yeee... ini kerana ketam melayu jika ada seekor yang hendak keluar maka ketam lain akan menariknya kembali kedalam bakul...lain pula dengan ketam cina...jika ingin keluar dari bakul maka ketam yang lain akan membantu untuknya keluar supaya jika seekor nie telah keluar manalah tau dia akan membantu rakannya yang lain untuk bebas sepertinya juga...itulah perumpamaan yang mana peniaga melayu sentiasa menjatuhkan diantara satu sama lain tapi tidak bagi peniaga cina yang sanggup bantu membantu diantara satu sama lain...


7. Sentiasa ingin maju kehadapan dan jangan rasa telah puas hati dengan apa yang telah ada pada masa kini...tapi jangan tamak pulak ok....


8. Selepas semua petua diatas dipraktikkan maka akhir sekali mohonlah denga Allah supaya apa yang dihajati dapat dimakburkan dan sentiasa berdoa jika berhadapan dengan masalah.....adat orang berniaga sudah pasti akan menghadapi masalah dan beban sepanjang hari tidak kira pagi, petang, siang ataupun malam....