Friday, December 9, 2011

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."
Riwayat At-Tabrani

Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.

Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.

Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.

Tuesday, November 22, 2011

Kami telah mula melebarkan lagi sayap perniagaan kami~

Kini kami lebih fokus kepada pemilik2 restoran dan kedai runcit serta perkhidmatan katering disekitar kawasan johor, dan yang istimewanya, kami boleh membuat penghantaran kepada pihak anda!

Anda hanya perlu membuat tempahan dan pada masa yang ditetapkan, kami akan menghantar tempahan kepada pihak anda~

Anda pasti  akan mendapat harga dan gred terbaik dari kami!

KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI!

Wednesday, November 16, 2011

Taktik pemasaran dalam bisnes~

Masa yang terhad – Kita perlu memberi satu perasaan untuk pelanggan kita untuk bertindak sekarang dan bukan esok atau lusa. Jika anda melepaskan peluang pertama ini. Mungkin peluang anda untuk mendapat jualan tersebut adalah sangat rendah.
Unit yang terhad – Hanya 100 orang pelanggan pertama akan mendapat peluang ini. Manusia adalah makhluk yang suka berlumba-lumba. Ini satu keseronokkan dalam hidup. Jadi pelanggan anda akan berlumba-lumba untuk mendapatkan produk itu atas dasar untuk berebut menjadi di kalangan 100 orang itu.
Program Affiliate – Progam ini adalah untuk memberi komisen kepada orang yang membawa jualan kepada syarikat anda. Dengan program seperti ini, ia akan lebih memotivasikan orang untuk menyebarkan produk anda kepada orang lain.
Kejutan – Semua orang sukakan kejutan. Contohnya anda menyatakan bahawa setiap orang yang mendaftar akan mendapat hadiah MISTERI. Ini akan memotivasikan pelanggan untuk bertindak.
Pertandingan – Jika terdapat 2 produk untuk anda memilih. Tetapi salah sebuah produk tersebut mempunyai label cabutan bertuah. Tentu anda akan memilih produk ini. Ini kerana kita merasakan, mungkin kita boleh jadi seseorang yang bertuah. Masih ada kebarangkalian berbanding produk satu lagi itu tidak mempunyai tarikan seperti ini.
Derma - Sebahagian dari jualan akan didermakan kepada rumah kebajikan – Kaedah ini juga boleh memberi imej yang baik kepada perniagaan anda. Namun sekarang banyak syarikat menyalahgunakan skim ini untuk menutup keburukan produk mereka.
Memberi Rebat – Anda memberi diskaun kepada pelanggan yang membeli dengan kuantiti yang lebih. Jika pelanggan mendaftar seorang sesuatu kursus harganya RM 500, tetapi jika mendaftar 2 orang, harganya hanya RM 400 setiap orang. Kos tambahan kita adalah sedikit, tetapi ini dapat menambahkan pendapatan syarikat .
Harga Premium – Kebayakkan jenama-jenama besar dibeli oleh pelanggan atas sebab prestij dan kebanggaan. Dari segi kualitinya mungkin sama seperti barangan tanpa jenama. Jadi membangunkan sesuatu jenama adalah sangat penting. Kerana pelanggan akan lebih selesa membeli apa yang mereka pernah beli. Kerana mereka takut untuk mencuba produk lain. Terdapat juga pelanggan yang menilai kualiti produk berdasarkan harga. Jika mereka tak tahu yang mana untuk dipilih, mereka  akan pilihh barangan yang lebih mahal.
PEMBEKAL DAGING BURUNG PUYUH SEGAR

DI USAHAKAN SEPENUHNYA OLEH
USAHAWAN BUMIPUTERA ISLAM

PENGHANTARAN KE RUMAH / KEDAI / RESTORAN SEKITAR KAWASAN BATU PAHAT AKAN DISEDIAKAN SECARA PERCUMA

HARGA BERPATUTAN DARI RM1.75 KE ATAS
BERGANTUNG KEPADA KUANTITI YANG DI TEMPAH

PESANAN AYAM KAMPUNG DAN KAMBING AQIQAH TURUT DISEDIAKAN

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
EN AZROL
012-7877056 / 013-7654916


Monday, October 17, 2011

Kandungan Nutritif Daging Puyuh Dan Daging Ayam

Hasil dari penyelidikan, didapati daging puyuh mengandungi kolesterol yang lebih rendah berbanding ayam selain mempunyai kandungan zat yang tinggi.
Rujukan dari IKTA (Institut Kemajuan Ternakan Ayam) mengenai perbezaan kandungan Nutritif berkaitan kolesterol untuk seekor puyuh berbanding seekor ayam. 


Kandungan
Daging Puyuh
Daging Ayam
1-Kelembapan(%)
65.5
64
2-protein(%)
20.6
18.8
3-Lemak(%)
10.6
14.2
4-Abu
3.1
3.7
5-Tenaga(cal/100g)
168
162
6-Kolesterol(mg/g daging)
57.8
60.9
7-Lemak abdominal(% berat hidup)
0.95
3.05

       

Monday, October 10, 2011

HARGA PUYUH SERENDAH DARI RM 01.60

Kami sentiasa menambah baik mutu servis terhadap kepuasan pelanggan
kami juga menawar penghantaran percuma di sekitar Batu Pahat.





Monday, August 29, 2011

salam aidilfitri


Alhamdulillah~
Sebulan dah puase~
Tiba lah hari yang di nanti terutama bagi kanak2 juge yg dewasa utk saling bermaafan~

Di kesempatan ini,
saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua muslimin & muslimat dan pada semua yang menyambut aidilfitri tahun ni..

Semoga aidilfitri kali ni memberi seribu rahmat dan keberkatan buat semua~ 

Amin~


Friday, August 5, 2011

Khasiat Daging & Telur Puyuh

DAGING
  • Dagingnya sangat lazat dan gurih.
  • Dagingnya merupakan makanan alternatif bagi para penderita jantung koroner dan darah tinggi.
  • Daging puyuh dengan tekstur daging halus lembut dan manis dengan kandungan kolesterol sangat rendah.
  • Daging puyuh kaya mikronutrien dan berbagai vitamin termasuk folat, B kompleks dan vitamin E dan K.
  • Selain itu, kandungan telur dan daging puyuh mempunyai kadar kolesterol yang sangat rendah. Bahkan dibandingkan dengan telur unggas lainnya, seperti ayam, bebek dan angsa, ternyata telur puyuh mengandung beberapa komposisi yang cocok bagi perkembangan otak dan tulang bagi balita. Di mana, selain protein yang memuat 13%, lemak 11%, dan zat lainnya 1,3% juga, komposisi ini dilengkapi semua jenis vitamin dibandingkan telur unggas lainnya.
  • Bisa melancarkan peredaran darah.
  • Menguatkan tulang belakang.
  • Buat yg bosen sama daging ayam bisa nyobain daging puyuh sebagai pilihan menu makanan baru.
  • Daging burung puyuh, bergizi, kaya protein, besi, kalsium, fosfor, yang dikenal sebagai tempat penyimpan logam;
  • Oleh karena itu dianjurkan bagi orang dengan kadar kolesterol tinggi dan mereka yang ingin mempertahankan tingkat rendah kolesterol.
  • Pada sistem saraf manusia memiliki peranan gizi khusus daging burung puyuh, telur, darah dapat digunakan sebagai obat.
TELUR PUYUH
  • Telur puyuh sangat lazat dan sebanding dalam rasa dibanding dengan telur ayam negeri.
  • Nilai gizi mereka adalah 3 – 4 kali lebih tinggi dari telur ayam
  • Telur puyuh mengandung protein 13%, sedangkan telur ayam memiliki sekitar 11%.
  • Telur puyuh memiliki 140μg vitamin B1, dibandingkan dengan 50μg dalam telur ayam.
  • Telur puyuh jauh lebih kaya vitamin B2, besi, kalium, kalsium dan fosfor dari telur ayam.
  • Telur puyuh kaya kolesterol HDL, (yang ‘baik’ kolesterol), sehingga bahkan warga senior bisa memakannya.telur puyuh memiliki kadar kolesterol rendah dan kaya akan choline, zat kimia penting untuk fungsi otak.
  • Telur puyuh kaya lesitin, cephalin dan hormon, dan protein telur puyuh partikel protein telur dari partikel-partikel kecil, lebih mudah pencernaan dan penyerapan, alergi dan masalah gastrointestinal efek khusus,
  • Dilihat dari kandungan protein dan lemaknya dapat di katakannya telur puyuh lebih baik dibandingkan telur unggas. Karena daging puyuh mengandung 21,10 % protein sedangkan lemaknya hanya 7,7 %.
  • Selain itu, ternyata menurut data analisis dari beberapa peternak puyuh. Manfaat telur puyuh dapat menghaluskan kulit dan menyembuhkan jaringan-jaringan tubuh seseorang di kala mengalami penurunan kesehatan tubuh
  • Bahkan, beberapa buah telur puyuh, bila dikonsumsi setiap hari dan dicampur beberapa sendok madu, sangat berkhasiat untuk menyembuhkan impoten dan lemah syahwat.

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Ya Ramadhan!

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fekah akan berkata: "Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja." Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." 
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.
Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السُّحُورِ
Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur
(Hadis riwayat An-Nasaie.)

 
Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” 
(Hadis riwayat At-Tabrani).

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh.
Dari Anas bin Malik R.A bahawa Zaid bin Thabit pernah berkata: "Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh) dan kadarnya (di antara sahur dan solat subuh) adalah menyamai bacaan 50 atau 60 ayat al-Quran. 
(Hadis riwayat al-Bukhari)
 
Zaid ditanya : "Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?" Berkata Zaid: "Sekadar membaca 50 ayat al-Quran." 
 (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Di sebalik begitu pentingnya sahur, janganlah pula lupa yang sangat wajib ditunaikan, yakni SOLAT SUBUH. :)

Saturday, July 16, 2011

Bisnes Tak Rugi??

Perniagaan Munafiq yang Rugi

Al-Baqarah [16] Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat. 

Bisnes Tak Rugi Punye!
 
Fatir [29] Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
 
Perniagaan yang Selamat

Saff [10] Wahai orang yang beriman!  Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? [11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta berjuang membela agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). [12]Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir dibawanya beberapa sungai, serta tempat tinggal yang baik dalam syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar.

Thursday, June 2, 2011

KATA2 PERANSANG

1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..

Thursday, March 17, 2011

Ayam kampung Batu Pahat

Menternak memerlukan kesabaran
yang kuat,
Kalau menternak dengan care yang betul mesti kite akan tersenyum senang hati
melihat income kite ujung bulan,,


Comey x anak2 ayam kampung nie,
Baru 1 ari dok kat kandang 
Dah kene ambik gambar,huhu


Ni die anak2 puyuh yang sudah 9 hari,
Menternak nie nak kate susah Xjuge
Nak kate senang pun xjuge,
Ape2 pun sblom nak wat 2 kene la ada ilmu,
Risiko yang xboleh lari dari menternak ni kematian la,
Walau xbnyak sikit2 2mesti ade yang KO,
2la pengalaman namenye,

Ape2 pun pada yang ingin menjadi penternak sy Ucapkan Good Luck N jangan cepat Putus Ase,,,

Tuesday, March 15, 2011

JANGAN SALAH PILIH

Salam,

Ada di antara kita pening dengan harga puyuh di pasaran,
kepada sesiapa yang ingin membeli daging puyuh dengan kuantiti yang banyak, mestilah kite servey dulu harga2 dan beratnye, ada sesetengah penternak menjual dengan harga yang murah akan tetapi beratnye juga akan berlainan,, jadi sebelum membuat penilaian terhadap harga pastikan berat sekor puyuh dan grednye kita 
ambil tahu dulu,,

usah terpedaya!

ada sesetengah penjual menjual dengan harga yg murah tetapi timbangan nya berkurangan,
ada sesetengah penjual menjual dengan harga yg murah tetapi timbangan nya sesuai standard beratnye,
ada sesetengah penjual menjual dengan harga yg mahal tetapi timbangan nya berlainan beratnya,
ada sesetengah penjual menjual dengan harga yg mahal tetapi beratnya juga berkurangan,

Ape2 pun kite lah yang kene bijak,
Lain tempat lain caranya,
Lain tempat lain beratnya,
Kalau membeli banyak kuantitinya,
Mesti akan dapat murah harganya, 
Kalau tak murah harganya,
2 bukan harga ladang le jadinya,

Ok 

Renungkanlah

Renung-renungkan & selamat beramal
(^-^)v

Thursday, March 3, 2011

Puyuh OH Puyuh!!

Ini Puyuh yang baru 1hari, 
baru je lepas menetas trus dipindahkan masuk ke kotak ni,
maklumlah mula2 nie gune mentol jela,
nak gune gas, blom mampu ag, huhu


 Syoknye tengok anak2 puyuh nie,,
comel sungguh!
serius~
sangat comel~


 Berebut bile nak makn,
mcm kite mase kecik! 
pantang nampak makanan sedap sket, 
mesti brebut adik bradik,, 
hihihi


Ni kes sejuk la nie, bekumpul je 2~
pastu terjadilah kes tindih menindih!
yg mane x dapat nk survive,
matilah ia~


Susah gak bele puyuh nie, kalu nak tau,
tp mule2 la, kene tgk slalu,
da besa sket sng je jage,
tumpukn pade makanan dan air,
mcm baby la,
sejuk sket pon x bole,
sng dapat sakit nnt~


kite la yg jadi mak ayh die orng ni, hehehe~
jage makan minum die,
nasib baik puyuh ni xpakai baju,
kalu pakai baju,
kite juge la yg menggantikan pakaiannye,,
huhuhu~

Monday, February 28, 2011

MuRaH-MuRaH

 kalau lalu ke Batu Pahat jangan lupe singgah mai,


Ni la care kami bela ayam cara kampung aje, 
kalu nak wat sistem yg betul xterdayo modai,

Wednesday, February 16, 2011

maulidurrasul!

salam maulidur rasul pembace blog sekalian! 

dimana saat lahir nya junjungan besar Nabi Muhammad saw,,, 12 Rabiulawal~
jika kite boleh menyambut hari ulangtahun kita, kekasih kita, suami, isteri, kenapa tidak kita bersama-sama menyambut kelahiran junjungan kita kn --- semoga mendapat rahmat dari Nya!

sabda Rasulullah saw :
"tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mencintai aku melebihi dirinya, ibu bapanya, dan manusia seluruhnya"

"umatku , umatku, umatku,,,"
begitulah saat-saat akhir manusia agung
jiwanya dipenuhi rasa kasih  pada umatnya
setiap detik hayatnya adalah untuk umatnya
setiap kepayahannya adalah untuk keselamatan umatnya 
setiap jerit perih kehidupannya adalah untuk cahaya keimanan  ini terus tersebar  menyinari hidup umatnya
sejarah adalah sejarah
petunjuk kasih dan sayang 
kasih sayang yang tiada ukurannya 
untuk kita umatnya!

marilah kita sama-sama mengambil iktibar atas semua yg berlaku~
dan sama-samalah kita meneruskan sunnah dan amalannya!

semoga dipermudahkan olehNYA~

Tuesday, February 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CINA & HAPPY HOLIDAY

Sekejap shj da masuk bln 2.. begitu pantas mase berlalu.. event awal bln 2 ni, 
GONG XI FAT CHOY!! 
Selamat thn bru cina kpd semua warga cina yang menyambutnyer..

beberape hari ni hujan shj d sekitar johor ni.. sehinggakan ade tempat yg dah banjir pon.. takziah pade mangsa2 banjir.. syukur sbb kediaman saye ni tak banjir.. kalau banjir, risau saye ni dengan binatang ternakan saye yg x seberape tu.. 

dikesempatan ni, saye nk mengucapkan selamat bercuti kepada yang bercuti dan selamat bekerja pade yang tak cuti.. hehe..  pade yang bekerja tu, kerja la rajin rajin wokey?


Saturday, January 8, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011




Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan 
SELAMAT TAHUN BARU 2011... 
Semoga tahun ini rezeki bertambah.. 
AMIN~

Tuesday, January 4, 2011

DAPATKAN HARGA DAGING PUYUH TERBAIK DARI KAMI~


            Untuk sebarang pertanyaan sila HUBUNGI kami..

SENARAI  HARGA BERUBAH MENGIKUT HARGA MAKANAN TERNAKAN


PEMBELIAN YANG MELEBIHI 500 EKOR, AKAN MENDAPAT HARGA ISTIMEWA DARI LADANG






BERJAYA DI DALAM PERNIAGAAN

Salam.....

Saya disini ingin berkongsi sedikit rahsia yang tak seberapa yang berupa petua untuk berjaya di dalam perniagaan... Pada masa kini sektor perniagaan banyak dimonopoli oleh bangsa asing.. Orang melayu lebih gemar untuk bekerja dengan sektor awam ataupun swasta...kita amat ketinggalan dari segi kekayaan ataupun kuasa ekonomi.... Apa yang dapat dilihat pada masa kini sudah ramai golongan bumiputera melibatkan diri dalam perniagaan yang berkaitan penternakan ini.... Sektor ini sejak dahulu lagi telah diceburi oleh orang melayu.... Jadi bagi golongan muda yang berpendidikan pada masa kini telah terbuka minda untuk memajukan lagi sektor ini untuk menjadikan sektor ini salah satu enjin ekonomi negara pada masa akan datang...diantara petua untuk berjaya di dalam perniagaan adalah :


1. Jangan rasa rendah diri didalam apa jua perniagaan yang anda jalankan. Bangga dengan apa yang anda lakukan dan cuba untuk memimpin rakan yang lain untuk turut serta bersama anda.


2. Buang rasa malu dan bersifat terbuka terhadap kritikan yang diberikan oleh rakan atau keluarga dan cuba untuk mencari perkara yang positif terhadap kritikan tersebut.


3. Jangan terlalu mengharapkan bantuan daripada kerajaan dan bantuan kewangan dari orang lain. Tetapi jangan segan atau takut untuk membuat pinjaman jika perniagaan yang dijalankan mempunyai potensi untuk berkembang. Setiap sen yang dipinjam haruslah mampu dibayar kembali tanpa membebankan anda....Ingat setiap insan jika mempunyai hutang akan lebih bertanggungjawab dan akan lebih bekerja keras untuk melangsaikan hutang berkenaan.


4. Sentiasa berfikir secara kreatif untuk memajukan perniagaan dan sentiasa menimba ilmu didalam perniagaan yang dijalankan. Kalau boleh setahun sekali cubalah untuk menghadiri apa-apa program jati diri dan motivasi untuk menaikkan semangat kita untuk terus berusaha pada masa hadapan.


5. Jangan malu untuk bertanya jika tidak tahu dan jangan kedekut ilmu jika orang bertanya. Jika ilmu dikongsi maka ilmu itu tidak akan hilang dari ingatan kita...


6. Sentiasa menyokong diantara satu sama lain.... ada pepatah berkaitan sifat orang melayu iaitu.... bangsa asing pernah berseloroh mengatakan " Jika ada bakul berisi ketam melayu kita tidak perlu menutupnya...tapi kalau bakul berisi ketam cina maka perlu ditutup atasnya...kenapa yeee... ini kerana ketam melayu jika ada seekor yang hendak keluar maka ketam lain akan menariknya kembali kedalam bakul...lain pula dengan ketam cina...jika ingin keluar dari bakul maka ketam yang lain akan membantu untuknya keluar supaya jika seekor nie telah keluar manalah tau dia akan membantu rakannya yang lain untuk bebas sepertinya juga...itulah perumpamaan yang mana peniaga melayu sentiasa menjatuhkan diantara satu sama lain tapi tidak bagi peniaga cina yang sanggup bantu membantu diantara satu sama lain...


7. Sentiasa ingin maju kehadapan dan jangan rasa telah puas hati dengan apa yang telah ada pada masa kini...tapi jangan tamak pulak ok....


8. Selepas semua petua diatas dipraktikkan maka akhir sekali mohonlah denga Allah supaya apa yang dihajati dapat dimakburkan dan sentiasa berdoa jika berhadapan dengan masalah.....adat orang berniaga sudah pasti akan menghadapi masalah dan beban sepanjang hari tidak kira pagi, petang, siang ataupun malam....