Monday, February 28, 2011

MuRaH-MuRaH

 kalau lalu ke Batu Pahat jangan lupe singgah mai,


Ni la care kami bela ayam cara kampung aje, 
kalu nak wat sistem yg betul xterdayo modai,

Wednesday, February 16, 2011

maulidurrasul!

salam maulidur rasul pembace blog sekalian! 

dimana saat lahir nya junjungan besar Nabi Muhammad saw,,, 12 Rabiulawal~
jika kite boleh menyambut hari ulangtahun kita, kekasih kita, suami, isteri, kenapa tidak kita bersama-sama menyambut kelahiran junjungan kita kn --- semoga mendapat rahmat dari Nya!

sabda Rasulullah saw :
"tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mencintai aku melebihi dirinya, ibu bapanya, dan manusia seluruhnya"

"umatku , umatku, umatku,,,"
begitulah saat-saat akhir manusia agung
jiwanya dipenuhi rasa kasih  pada umatnya
setiap detik hayatnya adalah untuk umatnya
setiap kepayahannya adalah untuk keselamatan umatnya 
setiap jerit perih kehidupannya adalah untuk cahaya keimanan  ini terus tersebar  menyinari hidup umatnya
sejarah adalah sejarah
petunjuk kasih dan sayang 
kasih sayang yang tiada ukurannya 
untuk kita umatnya!

marilah kita sama-sama mengambil iktibar atas semua yg berlaku~
dan sama-samalah kita meneruskan sunnah dan amalannya!

semoga dipermudahkan olehNYA~

Tuesday, February 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CINA & HAPPY HOLIDAY

Sekejap shj da masuk bln 2.. begitu pantas mase berlalu.. event awal bln 2 ni, 
GONG XI FAT CHOY!! 
Selamat thn bru cina kpd semua warga cina yang menyambutnyer..

beberape hari ni hujan shj d sekitar johor ni.. sehinggakan ade tempat yg dah banjir pon.. takziah pade mangsa2 banjir.. syukur sbb kediaman saye ni tak banjir.. kalau banjir, risau saye ni dengan binatang ternakan saye yg x seberape tu.. 

dikesempatan ni, saye nk mengucapkan selamat bercuti kepada yang bercuti dan selamat bekerja pade yang tak cuti.. hehe..  pade yang bekerja tu, kerja la rajin rajin wokey?


BERJAYA DI DALAM PERNIAGAAN

Salam.....

Saya disini ingin berkongsi sedikit rahsia yang tak seberapa yang berupa petua untuk berjaya di dalam perniagaan... Pada masa kini sektor perniagaan banyak dimonopoli oleh bangsa asing.. Orang melayu lebih gemar untuk bekerja dengan sektor awam ataupun swasta...kita amat ketinggalan dari segi kekayaan ataupun kuasa ekonomi.... Apa yang dapat dilihat pada masa kini sudah ramai golongan bumiputera melibatkan diri dalam perniagaan yang berkaitan penternakan ini.... Sektor ini sejak dahulu lagi telah diceburi oleh orang melayu.... Jadi bagi golongan muda yang berpendidikan pada masa kini telah terbuka minda untuk memajukan lagi sektor ini untuk menjadikan sektor ini salah satu enjin ekonomi negara pada masa akan datang...diantara petua untuk berjaya di dalam perniagaan adalah :


1. Jangan rasa rendah diri didalam apa jua perniagaan yang anda jalankan. Bangga dengan apa yang anda lakukan dan cuba untuk memimpin rakan yang lain untuk turut serta bersama anda.


2. Buang rasa malu dan bersifat terbuka terhadap kritikan yang diberikan oleh rakan atau keluarga dan cuba untuk mencari perkara yang positif terhadap kritikan tersebut.


3. Jangan terlalu mengharapkan bantuan daripada kerajaan dan bantuan kewangan dari orang lain. Tetapi jangan segan atau takut untuk membuat pinjaman jika perniagaan yang dijalankan mempunyai potensi untuk berkembang. Setiap sen yang dipinjam haruslah mampu dibayar kembali tanpa membebankan anda....Ingat setiap insan jika mempunyai hutang akan lebih bertanggungjawab dan akan lebih bekerja keras untuk melangsaikan hutang berkenaan.


4. Sentiasa berfikir secara kreatif untuk memajukan perniagaan dan sentiasa menimba ilmu didalam perniagaan yang dijalankan. Kalau boleh setahun sekali cubalah untuk menghadiri apa-apa program jati diri dan motivasi untuk menaikkan semangat kita untuk terus berusaha pada masa hadapan.


5. Jangan malu untuk bertanya jika tidak tahu dan jangan kedekut ilmu jika orang bertanya. Jika ilmu dikongsi maka ilmu itu tidak akan hilang dari ingatan kita...


6. Sentiasa menyokong diantara satu sama lain.... ada pepatah berkaitan sifat orang melayu iaitu.... bangsa asing pernah berseloroh mengatakan " Jika ada bakul berisi ketam melayu kita tidak perlu menutupnya...tapi kalau bakul berisi ketam cina maka perlu ditutup atasnya...kenapa yeee... ini kerana ketam melayu jika ada seekor yang hendak keluar maka ketam lain akan menariknya kembali kedalam bakul...lain pula dengan ketam cina...jika ingin keluar dari bakul maka ketam yang lain akan membantu untuknya keluar supaya jika seekor nie telah keluar manalah tau dia akan membantu rakannya yang lain untuk bebas sepertinya juga...itulah perumpamaan yang mana peniaga melayu sentiasa menjatuhkan diantara satu sama lain tapi tidak bagi peniaga cina yang sanggup bantu membantu diantara satu sama lain...


7. Sentiasa ingin maju kehadapan dan jangan rasa telah puas hati dengan apa yang telah ada pada masa kini...tapi jangan tamak pulak ok....


8. Selepas semua petua diatas dipraktikkan maka akhir sekali mohonlah denga Allah supaya apa yang dihajati dapat dimakburkan dan sentiasa berdoa jika berhadapan dengan masalah.....adat orang berniaga sudah pasti akan menghadapi masalah dan beban sepanjang hari tidak kira pagi, petang, siang ataupun malam....