South Breed
PENGENALAN
South Breed ditubuhkan dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 11hb. Februari 2009, adalah sebuah perniagaan milik tunggal yang mana 100% tenaga kerjanya adalah bumiputera. Penubuhannya adalah untuk menyahut seruan kerajaan untuk melihat kaum bumiputera menceburi bidang perniagaan terutamanya dalam bidang penternakan dan pertanian di mana pada masa kini bidang ini yang hampir dimonopoli oleh kaum bukan bumiputera.
Memandangkan bidang penternakan dan pertanian semakin berkembang pesat di Malaysia , ia memberi peluang kepada South Breed untuk bersama-sama dengan pesaing yang lain untuk mendapatkan peluang yang terbuka luas dalam bidang ini.
PENGALAMAN PERNIAGAAN
Pada permulaannya, South Breed hanya bekerja di bawah naungan PBramunia yang mana pengasasnya ialah warga Australia iaitu Kevin Hobbs. Setelah genap setahun, barulah South Breed beroperasi sendiri pada 11hb Feb 2009, yang mana pada masa itu juga South Breed telah menjalankan perusahan Ayam kampung dan Puyuh secara kecil-kecilan. Setelah 6 bulan beroperasi South Breed telah mencipta satu baja organik yang diberi nama mixture organic iaitu hasil dari gabungan Tinja puyuh, ayam, kambing, dengan ditambah beberapa lagi bahan yang berasaskan padi dan EM.
No comments:
Post a Comment