Sunday, July 31, 2011

Ahlan Ya Ramadhan!

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fekah akan berkata: "Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja." Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." 
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.
Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السُّحُورِ
Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur
(Hadis riwayat An-Nasaie.)

 
Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” 
(Hadis riwayat At-Tabrani).

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh.
Dari Anas bin Malik R.A bahawa Zaid bin Thabit pernah berkata: "Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh) dan kadarnya (di antara sahur dan solat subuh) adalah menyamai bacaan 50 atau 60 ayat al-Quran. 
(Hadis riwayat al-Bukhari)
 
Zaid ditanya : "Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?" Berkata Zaid: "Sekadar membaca 50 ayat al-Quran." 
 (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Di sebalik begitu pentingnya sahur, janganlah pula lupa yang sangat wajib ditunaikan, yakni SOLAT SUBUH. :)

Saturday, July 16, 2011

Bisnes Tak Rugi??

Perniagaan Munafiq yang Rugi

Al-Baqarah [16] Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat. 

Bisnes Tak Rugi Punye!
 
Fatir [29] Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
 
Perniagaan yang Selamat

Saff [10] Wahai orang yang beriman!  Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? [11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta berjuang membela agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). [12]Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir dibawanya beberapa sungai, serta tempat tinggal yang baik dalam syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar.

BERJAYA DI DALAM PERNIAGAAN

Salam.....

Saya disini ingin berkongsi sedikit rahsia yang tak seberapa yang berupa petua untuk berjaya di dalam perniagaan... Pada masa kini sektor perniagaan banyak dimonopoli oleh bangsa asing.. Orang melayu lebih gemar untuk bekerja dengan sektor awam ataupun swasta...kita amat ketinggalan dari segi kekayaan ataupun kuasa ekonomi.... Apa yang dapat dilihat pada masa kini sudah ramai golongan bumiputera melibatkan diri dalam perniagaan yang berkaitan penternakan ini.... Sektor ini sejak dahulu lagi telah diceburi oleh orang melayu.... Jadi bagi golongan muda yang berpendidikan pada masa kini telah terbuka minda untuk memajukan lagi sektor ini untuk menjadikan sektor ini salah satu enjin ekonomi negara pada masa akan datang...diantara petua untuk berjaya di dalam perniagaan adalah :


1. Jangan rasa rendah diri didalam apa jua perniagaan yang anda jalankan. Bangga dengan apa yang anda lakukan dan cuba untuk memimpin rakan yang lain untuk turut serta bersama anda.


2. Buang rasa malu dan bersifat terbuka terhadap kritikan yang diberikan oleh rakan atau keluarga dan cuba untuk mencari perkara yang positif terhadap kritikan tersebut.


3. Jangan terlalu mengharapkan bantuan daripada kerajaan dan bantuan kewangan dari orang lain. Tetapi jangan segan atau takut untuk membuat pinjaman jika perniagaan yang dijalankan mempunyai potensi untuk berkembang. Setiap sen yang dipinjam haruslah mampu dibayar kembali tanpa membebankan anda....Ingat setiap insan jika mempunyai hutang akan lebih bertanggungjawab dan akan lebih bekerja keras untuk melangsaikan hutang berkenaan.


4. Sentiasa berfikir secara kreatif untuk memajukan perniagaan dan sentiasa menimba ilmu didalam perniagaan yang dijalankan. Kalau boleh setahun sekali cubalah untuk menghadiri apa-apa program jati diri dan motivasi untuk menaikkan semangat kita untuk terus berusaha pada masa hadapan.


5. Jangan malu untuk bertanya jika tidak tahu dan jangan kedekut ilmu jika orang bertanya. Jika ilmu dikongsi maka ilmu itu tidak akan hilang dari ingatan kita...


6. Sentiasa menyokong diantara satu sama lain.... ada pepatah berkaitan sifat orang melayu iaitu.... bangsa asing pernah berseloroh mengatakan " Jika ada bakul berisi ketam melayu kita tidak perlu menutupnya...tapi kalau bakul berisi ketam cina maka perlu ditutup atasnya...kenapa yeee... ini kerana ketam melayu jika ada seekor yang hendak keluar maka ketam lain akan menariknya kembali kedalam bakul...lain pula dengan ketam cina...jika ingin keluar dari bakul maka ketam yang lain akan membantu untuknya keluar supaya jika seekor nie telah keluar manalah tau dia akan membantu rakannya yang lain untuk bebas sepertinya juga...itulah perumpamaan yang mana peniaga melayu sentiasa menjatuhkan diantara satu sama lain tapi tidak bagi peniaga cina yang sanggup bantu membantu diantara satu sama lain...


7. Sentiasa ingin maju kehadapan dan jangan rasa telah puas hati dengan apa yang telah ada pada masa kini...tapi jangan tamak pulak ok....


8. Selepas semua petua diatas dipraktikkan maka akhir sekali mohonlah denga Allah supaya apa yang dihajati dapat dimakburkan dan sentiasa berdoa jika berhadapan dengan masalah.....adat orang berniaga sudah pasti akan menghadapi masalah dan beban sepanjang hari tidak kira pagi, petang, siang ataupun malam....